Tuesday 26 April 2016

MELBOURNE DAY 2 - Jalan2 cari barang

Assalammualaikum....

Sambungan daripada Day 1

Macam yang aku pernah cerita sebelum ni, trip ke Melbourne memang tak termasuk dalam bajet aku. So, untuk mengurangkan impak bajet deficit, aku decided untuk kerja part time dekat sana.

Ya.... untuk 12 hari kat sana, kerja part time yang terlintas dekat kepala aku hanyalah fruit picking....

Mujur adik aku dekat sana ada contact.
So, dapat la aku merasa part time kat sana.

Paginya, adik aku jam 5am dah gerak pergi kerja.
Aku memang tak sedarkan diri langsung T_____T
Walaupun dalam flight tido, takkan sama dengan nikmat tido baring~~
Nasib baik belum start kerja lagi. Jadi boleh la aku rehat lama sikit.

First thing yang kitaorang buat - pergi kedai bundle diaorang kat sana.
Macam2 kelengkapan diri dengan rumah kau boleh jumpa.
Harga pun murah2. Iron $12 je, tshirt or seluar $5 boleh jumpa....

Again aku nak ingatkan, walaupun harganya 'murah' tapi berpada-pada la berbelanja sebab duit yang kau bawak adalah MYR (converted to AUD).

Biasa yang kerja seasonal ni diaorang memang datang berlenggang sebab taknak kantoi dengan Immi. So, kedai 2nd hand memang jadi tumpuan untuk beli baju2 kerja yang boleh dibuang lepas dah habis guna.

Banyak la kedai yang kitaorang singgah on that day.
Tempat kitaorang stay ni kan town kecik, so takde satu supermarket yang ada semua benda macam AEON or Tesco kat sini.

Antara barang yang kitaorang beli (budak2 farm wajib ada benda2 ni):

1. Tupperware



harap maklum dekat farm kau tak jumpa der warung nasi campur kak senah or mamak alifmaju ke apa...

kalau tak bawak bekal, makan buah jelaa nak ilangkan lapar.
tapi nasib tak baik dapat ladang cili, takkan nak makan cili? hehehe...

masa first week, semangat aku dengan akak masak nasi bawak bekal
bangun kol 4am panaskan lauk, cuci muka semua kol 5am dah gerak pi transit T__T
masuk second week, tak kosser..haha.. sanggup bawak bekal roti je sebab nak tido lebih :P
ada sorang abang ni, nak jimat punya pasal (plus aku syak dia tak reti masak lauk2 kot) hanya makan nasi, lauk telur goreng dengan sos.

kat sana macam tu la.
memang la indah bila dengar gaji sehari minimum 100AUD lepas convert RM300
tapi kena ambil kira jugak kos hidup kat sana. sewa, transport, makan, saving lagi... paling senang nak overspent adalah makanan. lagi banyak kau belanja, lagi lambat saving nak penuh...

Tupperware ni dalam AUD5 dah boleh dapat.

2. Ice Pack
 
 
Untuk yang belum tahu, musim buah (summer) di Australia bila cuaca 34 celcius sangattt panas. Walaupun langit nampak mendung, still panas. Bayangkan kalau dekat tengah2 ladang macam mana T__T
 
So, salah satu nikmat panas2 mcm tu adalah minum air sejuk.
kitaorang bekukan air, bila nak gi kerja, letak sekali dengan ice pack.
Ice pack ni letak celah2 air and melambatkan proses cair. Petang dlm kol 3 lebih baru air cair betul2...
 
Dekat sana satu ice pack dalam AUD4. Boleh ulang2 pakai banyak kali. kalau sakit kaki ke apa dekat ladang, amik ice pack and tuam untuk kurangkan sakit.
 
3. Cooler bag
 
Ni lagi satu penting nak isi segala tok nenek bekal especially yang sejuk. 
 
Beli dekat ALDI dalam AUD12  
 
 


 
4. Barang2 makanan
 
Ini tak perlu list pun semua mesti tau kan....
Ayam, daging dengan kambing beli dekat kedai Afghan
yang lain2 tu beli dekat supermarket pun ada...
 
Ada je ayam/daging yang halal dekat supermarket tapi harga slightly mahal sikit dari Afghan. So, Afghan it is.
 
Barang makan diaorang takde la mahal. AUD24 aku boleh dapat sepapan telur, ayam dalam 3kilo kot. tak ingat sangat sebab aku beli mix ada peha, thigh, dada dengan rib.
 
Syarat beli makanan kat Negara orang adalah JANGAN CONVERT. hahahahaha....
sebab aku saiko convert sepapan telur AUD 8=RM24 and aku rasa mahal. hahaha
kalau convert jugak, memang serba serbi kau rasa mahal.
lepas tu berlaporrr laaa~~
 
 

Tomato dekat sana.... geramm je tengok
menggila aku tengok buah2 kat sana.

one of the best thing bila beli barang dekat sana,
masa nak bayar cashier dia mesti greet.
biasa dia akan Tanya "hai, how are you today?"
and greet dia sangat ikhlas sampai kau rasa "eh, kita dah kenal lama ke?"



suka giler aku tengok bangunan2 kat sana....

Tips: Untuk yang datang sana kerja fruit picking, pack light and bawak extra money.
Banyak jugak barang2 keperluan nak beli masa sampai sana... Kalau takde duit, aktifkan credit card. Kalau itu pun takde jugak, pinjam orang or bertahan la atleast after seminggu kerja, dapat gaji (gaji bayar mingguan) baru menyopping...

Next entry - experience 'part time' di Melbourne

 

No comments:

Post a Comment

Hiking Fuji 2019 for the first time

Assalamualaikum.... Post kali ni panjang sikit sebab aku malas nak buat banyak2 part. 31 Ogos yang lepas, aku dan 10 lagi line up be...